Menjanda lagi,beginilah nasib Wan Maimunah apabila dia sendiri membuat pengakuan sudah berpisah dengan usahawan kacang pool Johor,Makpol Saimon, 55, sejak April lalu.
Bagaimanapun, pelakon yang terkenal dengan jolokan ratu air mata berusia 62 tahun itu e#nggan memperincikan mengenai perceraiannya itu dengan alasan bagi menghormati keputusan bekas suaminya yang enggan perkara itu disebarkan.
“Saya tidak boleh memberi sebarang kenyataan lanjut mengenai kes perceraian kami, lagi pun lebih baik jika ditanya kepada pihak sebelah sana (bekas suaminya). Saya bimbang perkara ini diperbesarkan.
“Apa yang boleh saya katakan semua itu kuasa Allah, hanya Allah yang maha meEngetahui segala yang berlaku,” katanya ketika ditemui di Stesen Bas Larkin semalam.
Semasa ditemui di stesen bas ekspres itu, artis tersebut yang baru pulang daripada m#enjayakan satu majlis di Melaka kelihatan tidak bermaya d#an susut berat badan.
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Wan Maimunah Mengaku Kembali Menjanda"
Post a Comment